PH tidak perlu layan desakan minta maaf

PH tidak perlu layan desakan minta maaf

SETIAP rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kewujudan Kerajaan Perpaduan dengan menggabungkan parti Barisan Nasional (BN) , Pakatan Harapan (PH) serta parti-parti komponen lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA amat bersetuju dengan ketegasan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan desakan supaya Pakatan Harapan (PH) meminta maaf kepada UMNO atas serangan selama berdekad terhadap parti itu sebagai desakan peribadi oleh segelintir ahli UMNO.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata PH dan parti komponen lain dalam Kerajaan Perpaduan tidak perlu melayan desakan tersebut.

Menurut laporan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini, Ahmad Zahid membuat kenyataan sedemikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Dengan tegas Ahmad Zahid berkata, selagi presiden parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, maka kenyataan-kenyataan itu adalah berbentuk peribadi.

Saya menyokong pendirian Ahmad Zahid mengenai isu tersebut untuk menjamin Kerajaan Perpaduan dapat terus bertahan hingga ke Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Setiap rakyat Malaysia harus bersyukur dengan kewujudan kerajaan hari ini. yang membangun dengan pesat sekali.

Ringgit semakin kukuh sekali gus memberi keyakinan kepada para pelabur luar untuk datang melabur di negara ini.

Dengan sebab demikian saya berharap tidak akan ada lagi mana-mana suara sumbang yang boleh meruntuhkan Kerajaan Perpaduan sekarang.

Berilah peluang kepada Perdana Menteri, timbalan-timbalannya serta semua anggota Kabinet mengurus dengan baik ekonomi negara sehingga tiba PRU akan datang.

Apa yang penting, hindarkan sebarang perasaan keperibadian apatah lagi kepada ahli-ahli dan kepimpinan dalam UMNO sendiri agar rakyat dapat terus menikmati pembangunan oleh kerajaan yang ada sekarang.-UTUSAN

RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN