Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan sebuah lagi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) untuk anak tentera akan dibina. Ini menjadikan dua buah semuanya. Pengumuman dibuat di Kem Mahkota, Kluang di Johor. Oleh itu, saya mencadangkan pihak kerajaan dapat juga memikirkan untuk mewujudkan sebuah MRSM khusus untuk anak-anak warga pendidik. Tidak semestinya kerajaan membina MRSM yang baharu kerana boleh meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Cukuplah kerajaan mengambil…










