Pelihara semua tanpa kira kaum, agama

Pelihara semua tanpa kira kaum, agama

BANTUAN perlu diberikan kepada golongan asnaf, B40, pelajar, anak-anak yatim, orang tua, Orang Asli, serta mangsa banjir yang berada di bawah paras kemiskinan dan memerlukan perhatian khusus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PROGRAM Jelajah Peduli Ummah anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) merupakan inisiatif besar, melibatkan gabungan kerjasama pelbagai agensi iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Zus Coffee.

Ia akan memulakan jelajah pada bulan ini hingga Februari 2025, yang melibatkan beberapa buah negeri termasuk Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Johor, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Program ini adalah simbolik kepada solidariti rakyat Malaysia dan selaras dengan semangat Sejahtera Insan Al-Falah yang mencerminkan kebajikan dan kesejahteraan untuk semua lapisan masyarakat, tanpa mengira kaum dan agama, dengan matlamat utama untuk menyampaikan bantuan kepada golongan asnaf, B40, pelajar, anak-anak yatim, orang tua, Orang Asli serta mangsa banjir dan pelbagai lagi segmen masyarakat yang berada di bawah paras kemiskinan dan memerlukan perhatian khusus.

Sepanjang program jelajah ini terdapat beberapa pengisian utama yang akan dilaksanakan iaitu Misi Ummah Bantu Ummah untuk membantu golongan yang paling memerlukan melalui bantuan makanan, pakaian, serta keperluan asas lain.

Karnival Peduli Ummah: Sejahtera Insan dengan Nilai Al-Falah – aktiviti yang akan menggabungkan elemen pendidikan, sosial, dan keagamaan untuk menyemarakkan semangat kepedulian dalam masyarakat.

Majlis Selawat dan Solat Hajat bertujuan memohon perlindungan dan keberkatan daripada Allah SWT bagi seluruh rakyat Malaysia.

Ziarah Mu’saadah Dakwah dan Jiwa Murni Al-Falah pula ialah ziarah ke kawasan-kawasan pedalaman dan komuniti terpinggir untuk mendekati mereka secara langsung.

Misi Bantu Asnaf dan Anak Yatim merupakan program khusus untuk membantu golongan asnaf dan anak-anak yatim yang memberika mereka harapan dan peluang untuk masa depan yang lebih baik.

Jelajah ini mensasarkan hampir 100,000 orang penerima manfaat yang akan mendapat bantuan sewajarnya di seluruh negara tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.-UTUSAN

YAYASAN WAQAF MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN