Gunakan teknologi kecerdasan buatan dengan bijak

Gunakan teknologi kecerdasan buatan dengan bijak

WALAUPUN teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam kehidupan seharian, namun penting bagi generasi mengekalkan keseimbangan antara penggunaan teknologi dan interaksi sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KECERDASAN buatan (AI) kini menjadi satu komponen penting dalam kehidupan seharian, terutamanya bagi generasi Z.

Salah satu manfaat utama AI adalah kemampuannya menyediakan maklumat dengan cepat dan tepat. Dalam dunia yang semakin kompleks, pelajar generasi Z dapat mengakses pelbagai sumber maklumat melalui AI, membantu mereka dalam pembelajaran dan penyelidikan.

Namun, penggunaannya juga menimbulkan kebimbangan mengenai privasi dan keselamatan data. Generasi Z sering kali berkongsi maklumat peribadi secara dalam talian tanpa menyedari risiko yang terlibat.

Kesedaran tentang keselamatan dalam talian dan cara melindungi maklumat peribadi penting untuk memastikan mereka tidak menjadi mangsa kepada penipuan atau serangan siber. Institusi pendidikan perlu mengambil langkah untuk mendidik pelajar mengenai keselamatan siber dan membantu memahamkan cara melindungi diri semasa menggunakan teknologi.

Penting bagi generasi ini mengekalkan keseimbangan antara penggunaan teknologi dan interaksi sosial. Mereka perlu belajar untuk menghargai hubungan manusia dan memahami bahawa AI tidak dapat menggantikan nilai-nilai kemanusiaan.

Oleh itu, golongan ini perlu dididik mengenai etika yang berkaitan dengan teknologi dan bagaimana untuk menggunakan AI dengan bertanggungjawab. Kurikulum pendidikan boleh merangkumi aspek etika teknologi, membantu pelajar memahami kesan penggunaan teknologi dalam kehidupan.

Menerusi pendidikan etika, generasi Z dapat belajar untuk menjadi pengguna teknologi yang bijak dan bertanggungjawab, sambil menyedari tanggungjawab mereka sebagai warganegara dalam dunia digital. –UTUSAN

DR. NORAZWA
AHAMD ZOLKIFLI @ UDA
Pensyarah Politeknik Nilai, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN