KEMENANGAN berturut-turut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dan Mahkota adalah manifestasi jelas sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan. Ia mencerminkan keyakinan rakyat terhadap pertumbuhan ekonomi yang pesat, lonjakan pelaburan, pengukuhan kebajikan rakyat di bawah pentadbiran kerajaan. Bagi memperkukuh kesinambungan ini, Angkatan Muda Harapan mencadangkan Formula Menang Bersama yang memastikan setiap keputusan diambil dengan mempertimbangkan manfaat serta kesejahteraan semua pihak dalam kerajaan, tanpa menafikan peranan mana-mana komponen…










