Golongan belia berdepan cabaran cari kerja yang bagus

Golongan belia berdepan cabaran cari kerja yang bagus

PERUBAHAN pola pekerjaan belia memperlihatkan semakin ramai golongan muda menceburi kerja sementara, sambilan, kasual atau kontrak sifar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELIA hari ini merupakan generasi yang berpendidikan terbaik di negara ini, namun mereka menghadapi beberapa masalah membuat peralihan dari sekolah rendah ke sekolah menengah, seterusnya ke alam pekerjaan.

Kebanyakan laporan yang dikeluarkan beberapa agensi kerajaan menyatakan institusi pendidikan dan latihan tidak menghasilkan jenis siswazah yang dicari oleh majikan. Pendapat saya, majikan lebih suka kemahiran antara perseorangan dan pengalaman kerja berbanding kelayakan akademik atau profesional yang ditekankan oleh sekolah serta universiti.

Selain itu, pembekalan pekerja muda dengan kelayakan pendidikan teknikal dan vokasional serta latihan (TVET) atau dengan Sains Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) adalah jauh berkurangan berbanding permintaan majikan. Ada kemungkinan ketidakpadanan yang lain adalah berkaitan dengan kemahiran keusahawanan.

Walaupun kerajaan menggalakkan golongan muda untuk mencipta pekerjaan mereka sendiri namun mereka mahu bekerja untuk orang lain berbanding memulakan perniagaan sendiri.

Belia nampaknya tidak menyedari betapa pentingnya kemahiran keusahawanan selain tidak menyedari insentif mahupun sokongan kerajaan terhadap perusahaan mikro dan kecil.

Belia tidak boleh ‘memilih’ apabila kebanyakannya pekerjaan tidak mahir dan berkemahiran rendah adalah ‘terlebih berpendidikan’ sementara pekerjaan sekarang tidak berkaitan dengan tahap atau bidang pendidikan mereka. Isu gaji minimum juga menyebabkan mereka menolak tawaran kerja dan pendapatan sebenar yang diperoleh tidak realistik berbanding kadar semasa.

Perubahan pola pekerjaan belia memperlihatkan semakin ramai golongan muda menceburi kerja sementara, sambilan, kasual atau kontrak sifar. Mereka sebenarnya suka melakukan kerja-kerja gig, kerja bebas dan kerja orang ramai, semuanya dimungkinkan oleh penyebaran internet.

Jenis pekerjaan baharu ini tidak wujud pada masa ibu bapa mereka dan ia menawarkan peluang yang lebih besar untuk golongan muda yang bijak digital. Tetapi ini adalah pekerjaan yang mempunyai akses terhad kepada keselamatan sosial dan insurans kesihatan dan sering melibatkan tekanan berkaitan kerja berikutan pendapatan yang tidak stabil dan ketidakjaminan pekerjaan.

Kajian yang meliputi belia di peringkat menengah dan pendidikan tinggi, pencari kerja muda, pekerja muda serta majikan, mendedahkan beberapa cabaran, ketidakpadanan dan persepsi salah yang popular. Kerajaan harus mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu ini segera. – UTUSAN

AMIR AKHMALBAHARIN
Pengerusi Kesatuan Pemuda Islam
Gabungan Sekolah Rendah Agama Sepenuh Masa
Taiping,Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN