PERKATAAN Cosplay (peragaan pakaian animasi) bermula sekitar 1970-an apabila pemilik amatur majalah menganjurkan penjualan Manga (majalah animasi Jepun) di pusat pameran dengan kehadiran karakter-karakter yang diilhamkan daripada watak dalam majalah berkenaan. Bermula 1990-an, peragaan pakaian animasi mula menular ke beberapa negara Asia seperti Hong Kong, Taiwan, China, Indonesia dan Malaysia. Kini, pemakaian fesyen dengan membawa karakter popular seperti Gekiga (Ninja Bugeicho), Shonen (Dragon Ball) dan Shojo (Sailor Moon) menarik perhatian…










