Apa yang ditawarkan sempena Tahun Melawat Perlis?

Apa yang ditawarkan sempena Tahun Melawat Perlis?

RAJA Muda Perlis TUANKU Syed Faizuddin bersama Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan bergambar bersama maskot Tahun Melawat Perlis iaitu ‘Beruk Kentoi’ pada Pelancaran Perdana Tahun Melawat Perlis 2024-2025.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PERLIS, sebuah negeri yang damai lagi mempersona sesuai untuk warga kota ‘melarikan diri’ dari kesesakan untuk healing bersama keluarga. Kemunculan rumah sewa pelancongan yang unik menyebabkan ramai pengunjung dari luar Perlis tertarik untuk melancong bersama keluarga dan menginap di rumah sewa pelancongan berbanding hotel.

Selain daripada keselesaan, hiasan dalaman serta kemudahan disediakan seperti kolam renang serta ruang berbeku menawarkan keunikan lokasi contohnya di tengah-tengah sawah padi dan di tepi bukit. Walaupun ada juga rumah ini terletak di kawasan perumahan, rumah tersebut mempunyai persekitaran yang menarik seperti mengadap sawah padi mahupun berhampiran dengan perkampungan tradisional. Ini menjadikan destinasi penginapan tersebut mempunyai daya tarikan tersendiri untuk para pelancong.

Ada sesetengah rumah sewa pelancongan ini juga didapati tidak putus-putus menerima tempahan walaupun hari biasa kerana kualiti penginapan dan harga yang ditawarkan lebih berbaloi berbanding hotel.

Sudah tiba masanya trend sebegini dimanfaatkan oleh semua pengusaha rumah sewa pelancongan. Setiap pengusaha sedia ada perlu mengambil input serta belajar dengan kejayaan pengusaha yang lain agar mereka dapat memenuhi kehendak pelancong sekali gus meningkatkan jumlah pengunjung ke Perlis.

Bagi merealisasikan perkara ini, penggunaan teknologi seperti media sosial, perkomputeran awan serta perisian analisis wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengusaha.

Oleh itu, pengusaha sudah perlu proaktif menggabung jalin penggunaan perisian serta teknologi sedia ada untuk hebahan promosi serta mencerap data pelancong untuk mengenal pasti keperluan serta kehendak setiap kumpulan sasaran.

Bagi memastikan keberkesanan promosi, pengusaha perlu memahami trend, tahap kepuasan pelanggan serta kehendak setiap pengunjung yang menginap di premis mereka. Sebagai usaha awal, pengusaha boleh memanfaatkan penggunaan aplikasi tinjuan percuma seperti Google Form atau Surveymonkey untuk mendapatkan data dan diproses sebagai maklumat untuk mengatur strategi perniagaan. Penggunaan QR Code adalah antara kaedah paling mudah untuk mendapatkan segala data dan maklumat untuk dianalisa bagi merangka strategi yang berkesan.

Data dan maklum balas yang telah diproses boleh digunakan untuk menambahbaik perkhidmatan serta diuar-uarkan mengikut kesesuaian masa bagi mendapatkan impak yang maksimum.

Untuk peringkat seterusnya, pengusaha sudah boleh mula menambahbaik perkhidmatan dengan menyediakan produk pelancongan tambahan sekiranya menginap di premis mereka dan menaiktaraf perkhidmatan sebagai inap desa seperti mana diharapkan Kementerian Pelancongan.

Pengusaha juga boleh memfokuskan promosi bergantung kepada empat musim yang terdapat di Perlis iaitu menanam padi, menuai padi, angin timur dan buah Harumanis. Dalam hal ini, pengusaha boleh menawarkan pengalaman unik dan berharga buat pengunjung untuk merasai suasana semasa menanam padi, menuai padi, membajak sawah, mengail di terusan, menyerkap ikan, membuat pekasam, menunggang basikal atau ATV di sekeliling sawah atau kampung, mahupun serta bermain wau semasa musim angin timur, memetik buah Harumanis dan lain-lain lagi.

Kerajaan negeri juga memperkenalkan dasar Perlis Go Digital untuk menyusun penerapan dan amalan dan amalan digital di semua sektor ekonomi. Sehubungan itu adalah wajar untuk setiap pengusaha memperkukuhkan strategi perniagaan mereka dengan penggunaan teknologi terkini dengan mengambil kesempatan di atas inisiatif serta insentif yang telah diperkenalkan kerajaan. – UTUSAN

SHAIFUL AMRI AHMAD SAFIAN
Setiausaha Sulit Kanan Raja Perlis,
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×