Segera dakwa Teresa Kok

Segera dakwa Teresa Kok

TERESA KOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KENYATAAN Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok tentang pelaksanaan sijil halal hanya merugikan peniaga dan memalukan negara wajar disiasat segera kerana secara terangan telah melanggar etika 3R (agama, bangsa dan institusi diraja).

Kes berkenaan mestilah bebas dari campur tangan politik serta tidak tunduk kepada desakan pihak tertentu yakni termasuk mereka yang menekan agar ia diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Malah pihak peguam negara disaran supaya turut menyegerakan pendakwaan terhadap tertuduh jika wujud elemen prima facie ke atas kes berkenaan.

Saya ingin mengambil contoh kes Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiasat atas pertuduhan yang sama dan beliau didakwa dalam tempoh masa tidak sampai seminggu. Jika dilihat kes beliau tidak berbeza daripada Teresa.

Pemimpin DAP berkenaan diingatkan supaya tidak begitu mudah menjolok sarang tebuan walaupun hanya menyentuh soal sijil halal.

Amalan sijil halal bukanlah sesuatu yang membimbangkan masyarakat bukan Islam malah dari segi nilai adalah sama sahaja.

Memang pada dasarnya dari sudut akidah umat Islam di negara ini semakin membimbangkan jika sijil halal tidak lagi dipraktikkan sebagai amalan yang ‘harus’.

Justeru, kenyataan Teresa tidak boleh diambil mudah kerana secara terang lagi bersuluh telah menyentuh hak eksklusif umat Islam yang berpayungkan raja-raja Melayu.

Perlu diingatkan sekalipun ada permohonan maaf dibuat oleh pihak DAP, ia tidak semestinya membawa maksud kes telah selesai.

Siasatan dan pendakwaan wajar disegerakan memandangkan pihak terlibat adalah seorang pemimpin yang mewakili parti terbesar dalam komponen Kerajaan Perpaduan.-UTUSAN

RAHMAD ISAHAK
Aktivis Politik

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN