Pembinaan jalan sehala di Tapah tingkat ekonomi penjaja

Pembinaan jalan sehala di Tapah tingkat ekonomi penjaja

TAMBAH baik jalan di Tapah, Perak dijangka dapat meningkatkan pendapatan peniaga dan penjaja. – FACEBOOK VIRAL PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

JURUTERA Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan persetujuan Majlis Daerah Batang Padang, Tapah, Perak mulai 23 Ogos lalu mengubah jalan dua hala kepada jalan sehala di bandar Tapah sebagai kerangka transformasi dalam menghidupkan bandar lama di era digitalisasi dan bagi mengelakkan kesesakan bandar.

Langkah pemula perubahan jalan ialah dengan meletakkan penghadang jalan plastik dan batu konkrit di sepanjang jalan baharu sebelum pembinaan struktur jalan kekal.

Turut dipasang papan tanda arah sebagai panduan pengguna serta peta arah secara aplikasi video selain menempatkan pihak berkuasa di persimpangan jalan.

Walaupun sebelum ini mendapat tentangan daripada pengguna jalan raya dengan dakwaan kerja-kerja tambah baik jalan ini boleh mengundang bahaya kepada orang awam, namun sehingga hari ini tiada kemalangan maut atau kecederaan berlaku.

Bahkan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau kenderaan keluar masuk di kawasan yang kritikal.

Perubahan yang dilakukan di Tapah yang merupakan sebuah bandar lama, dibina pada era pendudukan British bagi pembangunan ekonomi sebagai tarikan pelancong luar serta domestik terutama ketika waktu puncak dan musim cuti perayaan.

Keadaan ini didapati menyulitkan pengguna pada peringkat awal jalanraya kerana perlu masuk ke pekan Tapah melalui jalan sehala yang menyulitkan pengguna.

Pulangan daripada modal pelaburan (ROI) daripada tambah baik jalan ini boleh memberi manfaat kepada peniaga khususnya penjaja kecil.

Jadi, dicadangkan satu siri penerangan menyeluruh diadakan untuk memberi kefahaman kepada pengguna kesan perubahan jalan daripada pelbagai aspek supaya tidak lagi timbul pertikaian.-UTUSAN

TAN DEWA SAKTI
Tapah, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN