Mohon ambil tindakan segera

Mohon ambil tindakan segera

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA 8 September lalu, saya ke Pasar Klang di Selangor dan mendapati empat ekor anjing masuk ke dalam pasar yang menjual sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sudah tentu umat Islam tidak selesa dengan keadaan ini kerana mungkin anjing liar ini membuang air besar dan kecil serta menghidu segala buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sepatutnya pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) melakukan tangkap anjing liar yang semakin bertambah di Pasar Klang. Bahkan pejabat MPK juga tidak jauh dari pasar berkenaan.

Selain itu, di Lorong Sarkawi dan Lorong Bani di Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam terdapat bengkel kereta yang meletak kereta-kereta buruk sepanjang bahu jalan. Sudahlah jalan sempit, dalam masa sama tindakan itu akan menyusahkan pengguna lain.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat pegawai dan pengarah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ini kerana telah banyak aduan dibuat, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Sementara itu, pejabat tanah meminta agar warung-warung yang dibina kekal di sepanjang bahu jalan di Lorong Ehsan, Lorong Bani, Lorong Sarkawi dirobohkan, namun sehingga hari ini tiada sebarang tindakan diambil MBSA.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dimohon untuk membuat sekatan atau tangkapan di laluan masuk Jalan Kebun, Seksyen 30, Jalan Kampung Lombong, Kebun Baru, Teluk Panglima Garang kerana terdapat ramai warga asing yang bebas menunggang motosikal untuk mengutip barang lusuh, membawa lori, membawa kenderaan e-hailing dan berniaga makanan menggunakan motosikal di kilang-kilang berdekatan. seperti Panasonic Batu 3 dan lain-lain.-UTUSAN

AMEERA
Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN