Manfaatkan cuti sekolah, eratkan hubungan keluarga

Manfaatkan cuti sekolah, eratkan hubungan keluarga

CUTI sekolah adalah masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MULAI Jumaat lalu, kenderaan di jalan raya utama mulai bertambah kerana cuti sekolah sudah bermula. Cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh pelajar sama ada si kecil sekolah rendah mahupun abang dan kakak di sekolah menengah. 

Bagi pelajar, cuti sekolah bermakna rutin harian mereka yang memerlukan untuk bangun di awal pagi, bergelut bersiap untuk ke sekolah dan mengikuti kelas yang bersilih ganti akan ‘terhenti’ seketika. Pakaian seragam, buku latihan dan jadual pembelajaran diletakkan jauh-jauh dahulu kerana bagi mereka, ada rutin baharu yang ingin dibuat atau dicuba semasa cuti persekolahan.

Bagi ibu bapa pula, cuti sekolah bermakna anak-anak perlu diuruskan masa panjang di waktu siang mereka yang kosong dengan pengisian yang bersesuaian dan inilah yang mencabar. Jika semasa hari persekolahan, ibu bapa kurang pening kerana dari pagi sehingga petang anak-anak ‘hidupnya’ di sekolah mengikut rutin yang telah ditetapkan. Tetapi apabila cuti persekolahan, mahu tidak mahu ibu bapa pula perlu mengambil tanggungjawab menyusun rutin anak mereka bermula dari pagi hinggalah sekurang-kurangnya sampai ke lewat petang.

Di sebalik erti cuti sekolah yang menjadikan anak-anak ini bebas seketika dari norma biasa hari persekolahan, namun ia tidak bermaksud masa-masa di sepanjang cuti persekolahan perlu dibazirkan begitu sahaja. Justeru ibu-bapa dan adik beradik yang dewasa wajar membimbing ahli keluarga yang masih bersekolah untuk memanfaatkan cuti persekolahan dengan aktiviti yang berfaedah.

Antara cadangan untuk memanfaatkan cuti sekolah pelajar pertamanya adalah dengan melancong secara domestik atau ke luar negara. Objektif utama cuti persekolahan untuk  setelah berminggu-minggu berusaha memberikan yang terbaik dalam pembelajaran dan pengajaran.

Justeru itu, cuti sekolah adalah masa untuk mereka berehat dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Melancong dapat mengalihkan perhatian pelajar kerana dari memberi mereka rasa keseronokan dan kelegaan jiwa. Ibu bapa boleh merancang percutian bajet yang mengikut kemampuan untuk membawa anak-anak melancong ke tempat yang belum pernah dikunjungi pada waktu cuti persekolahan. 

Cadangan lain ialah bergotong-royong membersihkan rumah dan kawasan sekitar bersama-sama. Ini medium paling sesuai untuk ibu bapa mendidik pelajar tentang pengurusan diri dan ruang rumah agar sentiasa bersih dan kemas. 

Pengisian terakhir adalah memfokuskan kepada pengisiaan jiwa dan kerohanian. Ambil peluang menghantar anak ke kem motivasi untuk membentuk dan meningkatkan keyakinan diri dalam berhadapan cabaran dunia yang kian menguji. Melalui penglibatan dalam kem-kem ibadah yang kebiasaanya diterajui oleh masjid akan mempersiapkan anak-anak ini dengan kemahiran asas tetapi penting seperti ilmu berkaitan solat, doa harian, zikir, bacaan dan hafazan al-Quran. Mempunyai kecenderungan untuk mendalami agama pada waktu umur masih di bangku sekolah adalah satu dampak yang amat positif.-UTUSAN

MOHD ZAINI OTHMAN

Penolong Pendaftar di Pusat Tamhidi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN