Kenaikan gaji jadikan penjawat awam proaktif

Kenaikan gaji jadikan penjawat awam proaktif

PENJAWAT awam yang berpuas hati dengan jumlah pendapatan akan lebih cenderung untuk bekerja dengan efisien dan memberi sumbangan yang besar kepada organisasi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PELARASAN gaji bagi penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini umpama motivasi kepada seluruh penjawat awam di Malaysia. Pelarasan gaji yang berkesan tidak hanya meningkatkan kesejahteraan penjawat awam tetapi juga berpotensi untuk meningkatkan hasil kerja yang produktif.

Penjawat awam yang berpuas hati dengan gaji mereka akan lebih cenderung untuk bekerja dengan efisien dan memberi sumbangan yang besar kepada organisasi. Mungkin dengan adanya pelarasan gaji ini dapat membantu dalam mengurangkan kadar rasuah yang melibatkan dalam kalangan penjawat awam.

Penilaian prestasi perlu dilakukan secara adil dan saksama tanpa dipengaruhi oleh apa jua faktor. Penilaian secara adil penting dalam memastikan penjawat awam yang menunjukkan prestasi cemerlang mendapat ganjaran sewajarnya, sekali gus memotivasi mereka untuk terus memberikan hasil yang berkualiti. Bukan penilaian dilakukan mengikut kuota, giliran dan memihak sebelah pihak.

Penilaian secara adil dan saksama penting bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dan ketidakadilan dalam kalangan penjawat awam. Apabila perasaan ini wujud, sudah pasti akan memberi impak yang besar dalam penghasilan mutu kerja yang berkualiti.

Justeru, pelarasan gaji penjawat awam adalah lebih daripada sekadar penyesuaian kewangan kerana ia merupakan satu strategi yang boleh mempengaruhi tahap produktiviti dan kepuasan kerja. Dengan pendekatan yang betul, pelarasan gaji bukan sahaja membantu memastikan penjawat awam berpuas hati dan bersemangat, tetapi ia juga berperanan sebagai penyumbang kepada kejayaan dan keberkesanan keseluruhan organisasi. Oleh itu, pelarasan gaji harus dianggap sebagai pelaburan kualiti dan produktiviti kerja yang lebih baik dalam sektor Awam.-UTUSAN

DR. MOHD RAHIM KHAMIS
Jabatan Ekonomi dan Pengajian Kewangan.
Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN