SAUDARA PENGARANG, MAJLIS Amal Islami Malaysia (MAIM) mengajak masyarakat Malaysia agar utuh memelihara kerukunan hidup bersama dalam aman dan damai serta mengelakkan daripada membangkitkan perkara-perkara sensitif dan rasa kurang senang dalam masyarakat. MAIM memandang serius kenyataan Majlis Perundingan Malaysia bagi Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Taoisme (MCCBCHST) baru-baru ini sebagai satu salah faham yang perlu diharmonikan. MAIM berpandangan penempatan pegawai di pelbagai kementerian adalah satu langkah penyelarasan aktiviti keagamaan seperti…










