Tuduhan Krematorium Klang nafi hak India berniat jahat

Tuduhan Krematorium Klang nafi hak India berniat jahat

PENGARAH Jabatan Kesihatan, Azmi Muji (kiri) mengadakan tinjauan untuk kerja-kerja baik pulih terkini di Krematorium Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MAJLIS Bandaraya Diraja Klang (MBDK) kini sedang dalam proses menaik taraf Krematorium Klang bermula Jun 2023 dan dijangka siap pada 30 Oktober 2024 merangkumi penggantian dan pembaikan tempat pembakaran mayat serta beberapa infrastruktur di situ.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, MBDK menafikan sebarang kenyataan yang memaklumkan tiada peruntukan kewangan oleh kakitangannya bagi kerja-kerja baik pulih Krematorium Klang seperti yang didakwa oleh seorang individu, baru-baru ini.

Norfiza menjelaskan, dakwaan itu berniat jahat dan penuh dengan unsur menghasut orang ramai di laman sosial milik individu berkenaan yang mendakwa dirinya juga bekas ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT). Dia turut mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin setempat termasuk ahli MBDK.
Jabatan Kejuruteraan juga telah mengemaskini dan menjalankan pemantauan kerja-kerja penaiktarafan Krematorium Klang yang kini masih dalam proses baik pulih.

Antara pembaikan yang dijalankan melibatkan kipas dan lampu di bahagian hadapan, tandas manakala kerosakan di bahagian bumbung akan dilaksanakan secara berperingkat oleh Jabatan Kejuruteraan.

Tuduhan yang mengatakan kepentingan hak kaum India dinafikan oleh MBDK agak keterlaluan dan pihaknya kini sedang meneliti beberapa sudut termasuk proses undang-undang terhadap individu berkenaan.-UTUSAN

NORFIZA MAHFIZ
Pengarah Komunikasi Korporat
Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN