Letak bekas UMNO sebagai saingan di Mahkota

Letak bekas UMNO sebagai saingan di Mahkota

PERIKATAN Nasional (PN) menyenaraikan tiga nama calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kluang di Taman Saujana, Kluang, baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KEKALAHAN Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos lalu menimbulkan pelbagai naratif ekoran gagal mempertahankan kerusi tersebut, selain mengalami tsunami penolakan rakyat apabila kadar keluar mengundi hanyalah 73.88 peratus.

Kekalahan ini berjaya mengangkat semula maruah UMNO yang dicanang pihak lawan dengan pelbagai isu dan tohmahan. Namun, pimpinan Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO berjaya membuktikan formula dan strategi mereka berjaya memberi tamparan hebat terhadap kekalahan PN.

UMNO juga sudah bersedia masuk gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Mahkota dengan ‘panglima perang’ mereka diberikan amanah ke atas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk memberikan pukulan tsunami penolakan rakyat di sana terhadap calon PN pada 28 September, nanti.

Pengumuman awal calon PN memberikan mesej jelas sekali lagi bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mempunyai calon ‘anak lelaki’ dan terpaksa menerima calon yang kalah ataupun mungkin calon ‘hybrid’ seperti yang berlaku di PRK Nenggiri, Ini bagi memastikan calon ‘ada’ dan memenuhi piawaian ‘biasa’ sahaja tidak seperti di PRK Sungai Bakap yang mempunyai piawaian tinggi hasil keluaran asli Pas.

Ketandusan mengemukakan calon yang hebat pasti dikalahkan dengan mudah oleh calon WALI (boleh menang, diterima dan disukai) dari UMNO.

Bagi mengembalikan maruah dan imej yang telah ‘koyak’ dan bakal meninggalkan ‘parut’ yang mendalam, sudah tentu PN perlu tampilkan calon hebat bagi memperoleh kemenangan supaya parti itu kekal relevan selain dianggap pesaing kental terhadap UMNO di kubu kuat UMNO di Johor.

Bersatu Johor boleh mengemukakan calon dari bekas ahli UMNO yang menyertai PN sebagai cabaran buat lawan dalam menghadapi PRK DUN Mahkota dengan melihat sejauh mana pengaruh mereka yang dikenali sebagai ‘warlord’ sebelum ini.

Hal ini sangat menarik bagi melihat sejauh mana kekuatan dan pengaruh yang ada serta peranan mereka dalam PN mampu memberikan tentangan yang hebat buat calon UMNO tulen yang setia terhadap parti.

PRK DUN Mahkota akan terus menjadi tanda kebangkitan UMNO dan mengembalikan semula kegemilangan parti itu jika berjaya membawa kemenangan majoriti yang bergaya melebihi Nenggiri.-UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Pensyarah Kanan Akademi
Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN