SAUDARA PENGARANG, OLIMPIK 2024 di Paris sepatutnya menjadi platform untuk menunjukkan semangat kesukanan dan perpaduan global, namun insiden buli dan provokasi melibatkan atlet tinju Algeria, Imane Khelif mencalar keindahan temasya sukan ini. Media sosial yang sepatutnya menjadi platform untuk berhubung dan berkongsi, sering menjadi medan pertempuran yang kejam seolah pedang bermata dua. Ia boleh digunakan untuk mempromosikan diri dan berinteraksi dengan peminat, tetapi ia juga boleh menjadi sumber tekanan dan…