Kemarau emas Olimpik, di mana silapnya?

Kemarau emas Olimpik, di mana silapnya?

UNIVERSITI Sukan Shanghai ditubuhkan bagi melahirkan atlet di peringkat akar umbi lagi. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SUKAN Olimpik hampir ke penghujungnya, namun kilauan emas samar dalam dakapan negara sedangkan negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Vietnam mahupun Thailand terlebih dahulu menggapai emas Olimpik. Malah negara Saint Lucia yang hanya menghantar tiga orang atlet pun berjaya mendapatkan pingat emas di Olimpik dalam acara 100 meter pecut wanita. Di mana silapnya sehingga menyambar sebutir pingat emas begitu sukar digapai?

Saya tertarik melihat China yang menjadi kuasa besar sukan dunia. Negara itu mempunyai polisi sukan negara yang baik dan mempunyai sistem terancang dengan mewujudkan universiti sukan bagi melahirkan atlet di peringkat akar umbi kerana itu pada hari ini mereka menjadi kuasa besar dunia.

Malah, kebanyakan delegasi Olimpik China boleh dikatakan hasil produk daripada universiti terbabit. Atlet mereka mengaplikasikan sains dalam kaedah latihan dengan betul. Contohnya, Wang Shun, perenang Olimpik China yang juga pelajar doktor falsafah (PhD) dalam bidang pendidikan fizikal di Universiti Ningbo malah Pan Zhanle yang memecahkan rekod dunia renang bebas acara 100 meter juga adalah hasil produk universiti sukan tersebut.

Sebaliknya di Malaysia, tidak mempunyai sistem sukan seperti itu walaupun mempunyai sekolah sukan untuk menghasilkan atlet peringkat akar umbi. Malaysia masih belum mempunyai universiti sukan untuk menghasilkan pakar-pakar dalam bidang berkenaan. Namun begitu, kegagalan nyata kerana persatuan sukan yang terlampau bergantung peruntukan kerajaan dan seringkali gagal melahirkan atlet pelapis.

Di China atau Jepun, persatuan sukan berebut melahirkan atlet pelapis setiap tahun kerana ingin mendapatkan peruntukan kerajaan negara. Berbeza di Malaysia, kementerian memberikan peruntukan terhadap persatuan sukan tanpa melihat dari sudut Petunjuk Prestasi Utama (KPI) sehingga ada persatuan sukan terlibat dalam isu rasuah.

Sudah tiba masanya Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh meminda Akta Pembangunan Sukan 1997, Seksyen 26 dengan setiap pengurusan tertinggi persatuan sukan perlu ditukar setiap lima tahun bagi mengelakkan konflik kepentingan.

Saya juga berharap kementerian segera melakukan rombakan akta sukan tertentu supaya bidang ini dapat diselamatkan oleh tangan-tangan ‘hantu’ yang merosakkan industri sukan negara.-UTUSAN

YUSLAINI AZMI
Aktivis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×