Jaga keselamatan warga emas di rumah kebajikan

Jaga keselamatan warga emas di rumah kebajikan

PENGABAIAN terhadap warga emas di rumah kebajikan boleh membawa kepada kemalangan sekali gus mengugat kesihatan mereka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Rumah kebajikan menjadi tempat perlindungan yang paling penting di usia tua. Apabila meningkat usia, bukan perkara mustahil untuk terdedah kepada kemalangan kecil atau besar.

Berikut ialah beberapa petua untuk mengelakkan potensi bahaya dan memastikan persekitaran hidup kita selamat serta pada masa sama dapat melindungi warga emas.

Mencegah kejatuhan
Pasang palang pemegang di setiap bilik mandi dan tandas. Selain itu, boleh gunakan permaidani dan mozek yang tidak licin.

Lapangkan semua laluan pejalan kaki dan tangga supaya bebas daripada kemalangan.

Tingkatkan pencahayaan
Penggunaan cahaya yang terang memudahkan warga emas untuk berjalan di seluruh rumah terutamanya di lorong, tangga dan bilik air.

Lebih baik pasang lampu sensor di kawasan laluan yang kerap digunakan.

Laluan yang teratur
Susun perabot untuk memberikan laluan yang lapang (tidak sempit) dan barangan penting perlu disusun di tempat yang rendah supaya mudah dicapai selain tidak perlu memanjat.

Hilangkan bahaya elektrik
Periksa semua suis elektrik dalam keadaan baik dan jauhkan dari laluan pejalan kaki bagi mencegah dari tersadung.

Keselamatan api
Pasang pengesan asap dan kerap memeriksanya secara teratur. Pastikan alat pemadam api dan diletakkan di kawasan yang mudah dicapai, terutamanya di dapur. Selain itu, sediakan pintu keluar kecemasan dan berikan latihan kecemasan sekiranya berlaku kebakaran.

Pengurusan ubat
Gunakan bekas ubat mengikut jadual bagi memudahkan pengambilan ubat-ubatan dan tetapkan peringatan untuk mengambil ubat. Simpan senarai semua ubat-ubatan, termasuk dos dan jadual.-UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan
Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN