SAUDARA PENGARANG, GURU memainkan peranan penting dalam membangunkan potensi pelajar melalui penggunaan kata-kata pujian yang tepat. Kata-kata pujian yang diberikan secara bijak tidak hanya meningkatkan keyakinan diri pelajar tetapi juga memberi kesan positif dalam pelbagai situasi. Guru perlu mengenali usaha serta pencapaian pelajar dengan memberi pujian yang spesifik. Contohnya, “Syabas Aniq kerana rajin bertanya soalan yang mendalam dalam topik ini. Ia menunjukkan kesungguhan dan minat yang tinggi dalam pembelajaran.” Di…