Tanggungjawab kita menjaga alam sekitar

Tanggungjawab kita menjaga alam sekitar

MANUSIA sebagai khalifah Allah di atas muka bumi tidak sepatutnya bertindak dengan melakukan ‘kekejaman’ terhadap alam sekitar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

Menjaga dan memelihara alam sekitar merupakan aset yang penting untuk kelestarian kehidupan semua makhluk di muka bumi ini.

Al-Quran dan sunnah memberi penekanan yang serius mengenai penjagaan alam sekitar dengan menyeru setiap manusia untuk kekal pemeliharaannya sebagai satu kurniaan atau nikmat Allah yang agung.

Ini bermakna sebarang pencemaran dan kemusnahan alam sekitar dilarang disamping menggesa masyarakat memanfaatkan khazanah ini dengan sebaiknya untuk kebaikan bersama.

Sesungguhnya usaha murni ini amat disanjung mulia disisi agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadat yang agung disisi Allah.

Ajaran agama menjelaskan peranan alam sekitar sebagai salah satu unsur terpenting aspek ketuhanan dalam konteks kosmologi. Ajaran Islam pula menjelaskan kedudukan alam sekitar yang kudus dan tertib.

Itulah rasionalnya alam sekitar dikemukakan sebagai salah satu teras konsep Islam Hadari.

Pelestarian dan kepentingan alam sekitar disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis.

Bumi ini bukanlah hak milik manusia untuk berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah hak milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia untuk berkongsi hidup dengan makhluk-makhluk lain yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya.

Justeru itu, setiap umat manusia perlu ingat bahawa kehadiran kita adalah sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Maka tidak sepatutnya manusia bertindak seperti raja yang seolah-olah tidak akan dipertanggungjawabkan atas segala yang dikerjakannya. – UTUSAN

MOHD. EFENDI MAT DAUD
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN