SAUDARA PENGARANG, BERPOLITIK adalah satu aktiviti yang tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan bernegara. Walau bagaimanapun, berpolitik secara berterusan tanpa henti boleh membawa pelbagai implikasi negatif terhadap masyarakat dan negara. Salah satu kesan yang paling ketara ialah ia merugikan rakyat dan menjadikan mereka mangsa keadaan. Ini kerana tumpuan yang berlebihan kepada politik boleh mengabaikan keperluan dan kesejahteraan rakyat. Apabila politik menjadi tumpuan utama sepanjang masa, banyak sumber dan tenaga yang sepatutnya…










