Pilihan Raya Kecil Nenggiri medan menguji kekuatan UMNO

Pilihan Raya Kecil Nenggiri medan menguji kekuatan UMNO

KETUA Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri ABdul Ghani mempunyai peluang untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri pada 17 Ogos ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PILIHAN Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang bakal berlangsung pada 17 Ogos ini merupakan medan bagi menguji kekuatan UMNO sama ada masih memiliki pengaruh dan kekuatan berbanding pihak lawan.
Tekad untuk mengembalikan maruah UMNO sebelum ini dibuktikan di Pelangai maka sudah tentu parti ini inginkan kemenangan tambahan bagi PRK Nenggiri.

Komitmen untuk terus melebarkan kuasa ke jajahan Parlimen Gua Musang adalah usaha untuk menarik semula pengundi yang beralih alih menyokong calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pilihan raya lalu sehingga menyebabkan Nenggiri diisytiharkan kosong selepas penyandangnya digugurkan oleh partinya.

Kekosongan itu membuka peluang cerah untuk UMNO merampas kembali kerusi yang pernah menjadi benteng kukuh mereka. UMNO mengenal pasti strategi penting bagi memastikan kemenangan dalam PRK ini. Strategi tempur yang berkesan diputuskan setelah melalui pengalaman PRK sebelum ini dengan meletakkan calon WALI (diyakini menang, diterima dan disenangi iaitu Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani.

Apa yang pasti jumlah pengikut setia dan penyokong tegar UMNO perlu bekerja keras untuk memastikan pengundi kelabu, putih dan ‘lalang’ kembali memberikan sokongan padu dalam PRK ini. Pertandingan ini sudah tentu menjadi medan pertempuran politik yang luar biasa memandangkan seluruh jentera dan calon kedua-dua parti tidak mahu melepaskan peluang yang ada.

Justeru, untuk memastikan UMNO mampu merampas kembali kerusi dengan peratusan keluar mengundi perlu melebihi 70 peratus, penerangan bagi setiap jentera dan sayap pergerakan perlu lebih tersusun seperti kaedah tempur di DUN Pelangai. Setiap masyarakat perlu disantuni dengan pendekatan rahmah dan ihsan serta sentiasa berada pada setiap masa ‘mod bertempur’ bagi menangkis berita-berita palsu dan fitnah.

Selain itu, manifesto yang dikemukakan perlu memenuhi hasrat penduduk tempatan khususnya bagi meneroka pembangunan dan peluang-peluang pekerjaan untuk anak-anak muda khususnya. UMNO yang masih berada dalam gabungan Kerajaan Perpaduan, sekali gus mempunyai peluang yang cerah serta mampu menggegarkan Nenggiri melalui calon, manifesto dan tekad untuk merampas semula kerusi bagi kemakmuran bersama. – UTUSAN

DR. ZURAIMY ALI
Pensyarah Kanan Akademi Pengajian
Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA cawangan Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×