SAUDARA PENGARANG, DALAM masyarakat Cina di negara kita, terdapat sesetengah individu beranggapan bahawa merasmikan dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kebangsaan akan membangunkan negara kita secara efektif. Oleh itu, mereka tidak mementingkan bahasa Melayu dan sebaliknya hanya mementingkan bahasa Inggeris selain bahasa ibundanya. Ini kerana mereka merujuk kepada Singapura yang sama seperti Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan budaya tetapi kerajaannya masih menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi utamanya. Berikutan itu…