Warga emas perlu hati-hati dengan scammer

Warga emas perlu hati-hati dengan scammer

RAJIN-RAJINLAH beri pengaringatan kepada ibu bapa yang berusia emas untuk sentiasa berwaspada apabila menerima panggilan telefon dari mereka yang tidak dikenali. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PENDEDAHAN yang dibuat oleh polis baru-baru ini mengenai RM552 juta wang milik warga emas lesap ditipu scammer antara tempoh 2021 hingga 2023 perlu diberi perhatian serius oleh golongan itu.

Sudah pasti warga emas terbabit bersusah payah mengambil masa yang lama untuk menyimpan wang sebanyak itu untuk kegunaan semasa usia sudah tua.

Tetapi akhirnya wang yang sekian lama disimpan, lesap sekelip mata akibat diperdaya oleh anggota-anggota scammer yang menipu mangsa secara dalam talian.

Masalah ini berlaku apabila para warga emas terbabit menjawab panggilan telefon oleh seseorang anggota scammer berkenaan menyebabkan mereka akhirnya menjadi mangsa penipuan.

Sehubungan itu, setiap warga emas dinasihatkan supaya jangan sama sekali menjawab panggilan telefon dari pemanggil-pemanggil yang tidak dikenali.

Dalam hal ini, ingin saya menasihatkan anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang sudah memasuki usia emas, rajin-rajinlah memberi peringatan kepada mereka agar sentiasa berwaspada apabila menerima sesuatu panggilan telefon dari nombor pemanggil yang tidak dikenali.

Adalah membimbangkan apabila ibu bapa menjawab sesuatu panggilan daripada anggota scammer, mereka akan terpedaya dengan sesuatu penipuan yang dipercakapkan hingga akhirnya wang yang ada dalam simpanan terus lesap.

Di sini saya ingin menyarankan agar satu undang-undang khusus diwujudkan di negara ini supaya mereka yang ditahan kerana melakukan penipuan dalam talian dihukum seberat-beratnya, hingga ke peringkat penjara seumur hidup selepas didapati bersalah oleh mahkamah.

Kita tidak boleh menyimpan rasa kasihan kepada penipu-penipu itu kerana dalam diri mereka juga tidak wujud sebarang rasa yang sama kepada orang lain hingga sanggup mengambil wang dari mangsa termasuk kalangan warga emas.-UTUSAN

RAMLI ISMAIL
Kangar, Perlis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN