SAUDARA PENGARANG, REVOLUSI pendidikan yang masih menggunakan tenaga manusia wajar dipertimbangkan bagi menaiktaraf ekosistem pendidikan di peringkat universiti. Manfaat keupayaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang melampaui kecerdasan manusia mampu membantu bidang kemanusiaan dengan kepesatan teknologi. Dalam hal ini, penggunaan teknologi AI perlu dipertimbangkan bagi menyelaras dan menambahbaik sistem pendidikan yang holistik seiring dengan kemajuan negara Barat. Sistem pendidikan yang bertunjangkan teknologi digital berpotensi untuk bersaing dengan kemajuan negara luar seperti Amerika Syarikat…










