SAUDARA PENGARANG,
TERDETIK di minda dan sanubari ketika ucapan Prof. Rosna Awang Hashim dari Fakulti Pendidikan Psikologi, Universiti Utara Malaysia (UUM), yang mengatakan bidang kaunseling kini semakin berubah.
Kerana itu untuk menjadi seorang pensyarah yang menfokus kepada bidang kaunseling, mereka harus membuat kajian berkenaan bidang semasa. Menurut pakar, bidang kaunseling kini sudah berani kehadapan. Buktinya:
■ Kaunseling kini menggabungkan neurosains ke dalam amalan kaunseling. Ia pendekatan bersepadu yang memerlukan persiapan.
■ Teori kaunseling berpusatkan pelbagai budaya termasuk wilayah seperti Eropah Timur, Afrika Selatan, Lingkaran Pasifik atau Amerika Selatan.
■ Kaunseling seawal peringkat umur kanak-kanak sehingga berusia lima tahun akan menyaksikan lonjakan minat dan aktiviti dalam tahun-tahun mendatang.
■ Penggabungan teknologi dan kemunculan pertimbangan etika baharu akan berada di barisan hadapan menunjukkan perkembangan kaunseling pada tahun-tahun akan datang.
■ Penekanan kesejahteraan dan psikologi positif memainkan peranan yang lebih penting dalam penyelidikan dan amalan kaunseling dengan penekanan memupuk hubungan saraf baharu dan Pemeriksaan Neurofisiologi (EEG) secara kuantitatif.
■ Menangani ketidaksamaan kaum dalam penyelidikan psikologi dan memberikan cadangan untuk masa depan akan menjadi bidang tumpuan yang penting.
■ Bidang penyelidikan ini menggariskan landskap psikologi kaunseling yang pelbagai dan berkembang dengan penekanan yang lebih terhadap peningkatan ekuiti, kepelbagaian serta keterlibatan dalam penyelidikan saintifik di samping menangani pelbagai isu yang memberi kesan kepada individu daripada pelbagai latar belakang mahupun konteks.
Hal ini menunjukkan bahawa wujud keperluan kesedaran dan pengetahuan baharu khususnya bagi meningkatkan profesional guru, pensyarah, pengamal bimbingan dan kaunseling di Malaysia.
Lebih menarik lagi, integrasi psikologi dan kaunseling akan terus melebarkan sayap dalam bidang penyelidikan bagi meningkatkan kesejahteraan negara yang akan terus kekal berkembang seiring dengan perkembangan kaunseling global.-UTUSAN
DR. NOR ASIKHIN ISHAK
Universiti Utara Malaysia (UUM)










