Jawatan tertinggi jabatan tertutup tidak wajar diisi PTD

Jawatan tertinggi jabatan tertutup tidak wajar diisi PTD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAYA baharu terbaca artikel tulisan Penjawat Kecewa bertajuk Kenapa PTD perlu kuasai setiap kementerian? yang diterbitkan Utusan Malaysia pada 23 April lalu.

Saya ingin memberi sedikit penjelasan, memang tidak dinafikan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) diwujudkan untuk menerajui semua kementerian dan agensi-agensi pusat seperti Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) atau Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ini amat jelas apabila kita meneliti senarai perjawatan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan bagi setiap kementerian.

Golongan PTD memang dikenal pasti untuk menerajui semua kementerian daripada jawatan Penolong Setiausaha (Gred M41), Ketua Penolong Setiausaha (Gred M48), Timbalan Setiausaha Bahagian (Gred M52), Setiausaha Bahagian (Gred M54/JUSA C), Timbalan Setiausaha (Gred JUSA B/A) dan Ketua Setiausaha (JUSA A/TURUS 3). Sehubungan ini, jawatan-jawatan PTD juga diwujudkan khas untuk mengurus and menerajui di agensi-agensi pusat.

Namun demikian, isu kedua yang dibangkitkan penulis berkaitan dengan PTD mengisikan jawatan tertinggi jabatan-jabatan tertutup seperti Jabatan Kastam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai kesahihannya.

Pada masa kini, saya dimaklumkan bahawa jawatan Ketua Pengarah di Jabatan Kastam dan JKM diisi oleh PTD. Apabila PTD menyandang jawatan tersebut ia akan mencetus rasa tidak puas hati dan kecewa pegawai-pegawai jabatan kerana peluang kenaikan pangkat telah dirampas.

Hala laluan kerjaya dan peluang kenaikan pangkat di masa depan seolah-olah diselubungi dengan ketidaktentuan dan ia akan menjejaskan semangat untuk bekerja sebagai satu pasukan jitu.

Saya berpandangan bahawa jawatan-jawatan tertinggi di jabatan-jabatan tertutup wajar disandang oleh pegawai dalaman jabatan sendiri berdasarkan kompetensi jitu, kepakaran dan pengalaman.

Kedua, setiap pegawai yang dilantik mempunyai cita-cita untuk mendapat kenaikan pangkat sehingga berpeluang untuk menerajui Jabatan Kastam atau JKM.

Selain itu, pegawai dalaman mempunyai kefahaman yang amat jelas mengenai visi dan misi serta semangat kekitaan selain budaya kerja berlandaskan sejarah penubuhan jabatan dan perjuangannya.-UTUSAN

DATUK WEE BENG EE
Tumpat, Kelantan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN