Jimat elektrik, jimat wang, alam sekitar terjaga

Jimat elektrik, jimat wang, alam sekitar terjaga

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
SAUDARA PENGARANG,
Dengan penggunaan elektrik yang cekap, kita, mungkin boleh menjimatkan penggunaan elektrik sekali gus menjimatkan perbelanjaan.
Antara tip penjimatan elektrik yang mudah dilakukan ialah :
Memastikan semua suis dimatikan apabila tidak digunakan
Mematikan suis peralatan seperti lampu dan kipas sekiranya tiada orang di ruang tersebut bagi mengelakkan berlakunya pembaziran elektrik.
Mengehadkan penggunaan komputer riba dan waktu mengecas
Tenaga elektrik masih digunakan walaupun komputer riba telah dicas penuh sekiranya pengguna tidak menutup suis. Apa yang boleh dilakukan ialah menghadkan penggunaan komputer riba dan mengecas apabila perlu sahaja bagi mengelakkan berlakunya terlebih cas.
Selain itu boleh tetapkan masa melihat skrin. Contonya, berehat sebentar dan gunakan waktu itu untuk tutup komputer.
Sentiasa kawal penggunaan penyaman udara
Tetapkan penyaman udara pada suhu optimum 24°C dan kemudian tutup pintu serta tingkap untuk pastikan ruangan bilik cepat sejuk.
Boleh juga tetapkan penyaman udara pada tetapan automatik supaya ia boleh ditutup selepas beberapa jam apabila ruang bilik
sejuk.
Gunakan cahaya semula jadi
Penggunaan cahaya semula jadi membantu menerangi kediaman tanpa sebarang kos tambahan. Ini semestinya dapat mengurangkan penggunaan lampu pada waktu siang serta menjimatkan elektrik.
Teknik pencahayaan yang baik juga membantu menjadikan ruang yang kecil dan sempit menjadi luas.
Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh
Salah satu cara jimatkan penggunaan elektrik semasa menggunakan mesin basuh dengan mengumpul terlebih dahulu pakaian sehingga muatan penuh dan basuh sekali gus. Barulah jimat!
Pada masa yang sama, jangan melebihi had muatan dan digalakkan menggunakan air sejuk berbanding air panas.
Bukan itu sahaja, menjemur pakaian di bawah cahaya matahari lebih menjimatkan.
Pantau penggunaan tenaga elektrik dengan Smart Meter 
Smart Meter direka untuk membolehkan pengguna memantau dan mengurus penggunaan tenaga harian melalui aplikasi myTNB. Ia menjadikan pengguna lebih berhemat.
Anda juga boleh menggunakan My Energy  Budget. Ia direka untuk mendorong pengguna menggunakan elektrik dengan lebih efisien dan jimat tenaga, sekali gus membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida pada alam sekitar.-UTUSAN
BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Seremban
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×