PDRM beri sokongan moral pada Lans Koperal Theirry Rodger Fendy - Utusan Malaysia

PDRM beri sokongan moral pada Lans Koperal Theirry Rodger Fendy

MOHD KHALID ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Insiden menimpa Lans Koperal Theirry Rodger Fendy, 26, yang mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus selepas ditetak suspek ketika menjalankan tugas, terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melawat anggota berkenaan bagi meninjau keadaan kesihatannya.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota berkenaan bertugas di Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut hantaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah sehingga menyebabkan pergelangan tangan kanannya terputus selepas ditetak suspek ketika menjalankan tugas.

“Mangsa pada awalnya dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi menjalani pembedahan menyambung semula pergelangan tangan kanannya,” katanya.

Dalam lawatan tersebut, Saifuddin dan Mohd Khalid turut menzahirkan keprihatinan terhadap keadaan anggota berkenaan serta memberikan kata-kata semangat dan sokongan moral kepada beliau dan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini