Atmaca Turkiye pengganti sistem peluru berpandu antikapal - Utusan Malaysia

Atmaca Turkiye pengganti sistem peluru berpandu antikapal

Mohamed Khaled Nordin (dua kanan) bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman (kanan) melawat reruai pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 di Wisma Pertahanan di sini hari ini. FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk memilih peluru berpandu antikapal Atmaca buatan Turkiye sebagai calon pengganti sistem peluru berpandu antikapal (NSM) susulan pembatalan permit eksport oleh kerajaan Norway.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti beberapa pertimbangan termasuk daripada segi kos, tempoh masa perolehan dan integrasi system pengurusan tempur (CMS).

Beliau berkata, rundingan akan diadakan bersama wakil syarikat dan kerajaan Turkiye bagi mendapatkan peluru berpandu Atmaca sebelum keputusan perolehan dimuktamadkan dalam tempoh yang akan ditetapkan

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita putuskan misil dari Turkiye adalah yang terbaik untuk kita pertimbang bagi menggantikan NSM buatan syarikat Roketsan.

“Semua diberi jaminan dalam aspek kemampuan dan integrasi dengan CMS. Jadi ini diperhalusi dan kita akan mula rundingan dengan syarikat Türkiye iaitu Roketsan,” katanya selepas Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Kementerian Pertahanan Tahun 2026 di Wisma Pertahanan di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini