Hari Belia iktiraf sumbangan orang muda

Hari Belia iktiraf sumbangan orang muda

ADAM Adli melakukan gimik praperlancaran Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan di Menara Taming Sari, Melaka, baru-baru ini. – UTUSAN/SYAFEEQ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SAMBUTAN Hari Belia Negara (HBN) pada 15 Mei setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan golongan belia kepada pembangunan negara.

Pastinya dengan penyertaan, perhimpunan dan menyertai program-program yang dirancang oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahupun Jabatan Belia dan Sukan (JBS) negeri dapat memperkukuhkan potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik.

Tahun lalu, lebih 30,000 belia berkumpul sempena HBN. Penyertaan saya dalam program-program belia, baik di peringkat universiti, daerah, kebangsaan, ASEAN, Asia Tenggara dan dunia memperlihatkan penekanan kerajaan Malaysia dalam pembangunan belia amat dicemburui.

Sementara tahun ini HSN mengangkat tema Yakin Boleh dengan penganjuran program dan aktiviti berfokuskan 10 gaya hidup rakan muda dengan 60 buah pengisian.

Semasa merasmikan simbolik program ini bersama pemegang taruh belia, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim hadir menyatakan HBN merupakan satu pengiktirafan dan penghargaan oleh kerajaan kepada belia di Malaysia untuk memperkukuhkan potensi modal insan golongan itu sebagai pemacu pembangunan strategik negara.

Bahkan beliau turut berkata HBN sekali gus memperluaskan akses belia kepada inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan, selaras dengan kerangka Malaysia Madani dan Model Pembangunan Belia Madani 2030 (MPBM 2030).

Sebagai anak muda yang diberi ruang oleh kerajaan untuk mengemukakan pendapat dan penyertaan harus bertanggungjawab dalam menilai, berfikir dan sedar dalam pembangunan negara ini.

Pelbagai aktiviti dianjurkan HBN di peringkat Perlis antaranya pameran, kayuhan MAIPs, pertandingan buku skrap bertemakan alam sekitar, deklamasi sajak, fun fly, gusti lengan, pertunjukan lori berhias, perkhidmatan tukar minyak hitam, lestari hijau, seminar, pertandingan video kreatif, klinik gitar, drum, jualan Agromadani, forum keusahawanan belia dan lain-lain lagi.-UTUSAN

MUHAMMAD SANIY SAMSUDIN
Alumni Inisiatif Pemimpin Muda
Asia Tenggara (YSEALI)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN