Didik kanak-kanak hargai alam sekitar

Didik kanak-kanak hargai alam sekitar

MEMBERI kesedaran serta minat awal kepada kanak-kanak untuk menghargai persekitaran semula jadi membantu mengekalkan kawasan hijau. – UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

MASYARAKAT perlu menghargai alam sekitar demi kesejahteraan perubahan iklim negara yang kini sedang mengalami keadaan panas melampau yang kini di negara ini.  Pendidikan awal mengenai kepentingan menjaga alam sekitar memainkan peranan dalam mengubah pemikiran masyarakat.

Pengalaman saya ketika mengadakan lawatan kerja di Australia, saya dapati di peringkat sekolah mereka telah mengubah kurikulum pengajaran dengan memberi penekanan kepada pengajian biologi (kaji hayat).

Ini secara langsung telah memberi kesedaran serta minat awal kepada kanak-kanak untuk menghargai persekitaran semula jadi dan contoh ini boleh diadaptasi dan disesuaikan mengikut acuan kita.

Faktor pembangunan yang berlaku di bandar terutamanya turut memainkan peranan dalam memastikan mengekalkan kawasan hijau yang boleh dinikmati oleh orang awam.

Tidak dinafikan pembangunan adalah keperluan negara namun mungkin perlu diipertimbangkan dengan pemilihan model pembangunan yang bersesuaian sejajar dengan budaya serta memerhatikan kesinambungan manusia dan alamnya.

Ini termasuk insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail yang berlaku baru-baru ini perlu diberi perhatian dengan perubahan iklim semasa yang ekstrem yang menyebabkan kejadian hujan ribut yang luar biasa.

Kejadian hujan ribut ini adalah satu trend yang dijangkakan berlaku dalam satu jangka masa yang lama dan perlu diberi perhatian oleh pihak berkaitan serta pengurusan risiko adalah amat penting disesuaikan dengan keadaan semasa. – UTUSAN

DR. ZELINA ZAITON IBRAHIM
Pakar alam sekitar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN