DBKL tolong pantau Taman Tasik Metropolitan

DBKL tolong pantau Taman Tasik Metropolitan

TEMPAT letak motosikal menjadi ‘mangsa’ pengunjung meletakkan kereta tanpa memikirkan keperluan penunggang motosikal.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

TAMAN Tasik Metropolitan yang mempunyai kemudahan serba lengkap menerima kehadiran pengunjung agak ramai terutama ketika hari minggu.

Namun ada segelintir pengunjung tiada kesedaran sivik apabila dengan sesuka hati meletak kenderaan di tempat meletak motosikal, sedangkan sudah dibina parkir bertingkat.

Tindakan sedemikian pastinya menyusahkan dan memberi masalah kepada mereka yang bermotosikal.

Untuk pengetahuan pembaca dan pihak berkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), aduan secara lisan telah dibuat terhadap pengawal yang bertugas di bilik yang menempatkan kamera litar tertutup (CCTV) berhubung masalah ini.

Namun tiada tindakan diambil dan tidak boleh diambil, menurut pengawal tersebut. Ia menunjukkan kehadiran pengawal sekadar pelengkap dan bukan sebagai pihak yang bertanggungjawab memantau serta mengawasi taman berkenaan.

Persoalannya sekarang siapa yang bertanggungjawab dalam hal-hal yang terkait dengan soal kemudahan serta peraturan di taman tersebut?

Adakah DBKL atau pengawal keselamatan? Sekiranya pengawal, mengapa tiada tindakan seperti mengunci tayar kereta atau sekurang-kurangnya arahan untuk mengosongkan parkir motorsikal dibuat.

Apakah kegunaan CCTV di taman tersebut dalam memastikan tiada sebarang penyalahgunaan atau perlanggaran undang-undang berlaku?

Bukanlah niat saya untuk mencari kesalahan. Tetapi perkara yang mungkin dianggap kecil ini memberi impak yang besar pada masa depan bukan sahaja dalam aspek keselesaan tetapi keselamatan.

Justeru saya sangat berharap masalah seperti ini dapat diatasi dan tidak lagi berlaku pada masa hadapan lebih-lebih lagi dengan pertambahan pengunjung ke taman berkenaan.

PELARI TEGAR
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN