SAUDARA PENGARANG, MENURUT laman Facebook PADU Official, seramai 3.61 juta individu daripada 30.08 juta rekod individu sudah membuat pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di seluruh negara setakat pukul 11.59 malam, 19 Februari lalu. Jika dilihat pada angka itu, masih ramai lagi yang tidak mengendahkan saranan kerajaan tersebut. Mungkin ada juga yang meremehkan usaha kerajaan untuk memastikan rakyat yang layak menerima manfaat berbentuk bantuan atau perlindungan daripada pelbagai inisiatif kerajaan…










