Jimat elektrik sepanjang musim El Nino - Utusan Malaysia

Jimat elektrik sepanjang musim El Nino

FENOMENA El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kering dengan suhu harian di kebanyakan tempat melebihi 35 darjah Celsius diramalkan berterusan sehingga Mei ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini Ketua Pengarah, Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, berikutan fenomena El Nino kuat yang melanda dunia pada ketika ini, suhu maksimum harian di Malaysia juga boleh menjadi lebih tinggi di kebanyakan tempat.

Justeru, sebagai penggerak pengguna, saya menyarankan kepada orang ramai beberapa tips untuk menjimatkan elektrik terutama ketika negara dilanda fenomena El Nino sehingga Mei ini. Tip ini secara tidak langsung dapat menjimatkan penggunaan elektrik sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan isi rumah atau dalam kata lain boleh mengurangkan bil elektrik bulanan.

Antara tip itu adalah seperti berikut:

  • Padam semua lampu bilik atau ruang sekiranya tiada sesiapa di situ. Sebagai contoh, jika anda sekeluarga berehat di ruang tamu, pastikan lampu bilik tidur, ruang makan atau dapur ditutup.
  • Tutup semua suis peralatan elektrik dan elektronik jika tidak digunakan. Sebaik-baiknya jangan dibiarkan dalam mod standby.
  • Sebaik-baiknya guna kipas angin dan elak penggunaan penyaman udara. Gunakan penyaman udara hanya jika cuaca terlalu panas.
  • Guna satu mentol lampu besar jika memerlukan lebih pencahayaan berbanding mentol bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
  • Didik ahli keluarga menutup suis lampu, kipas atau alatan lain setelah meninggalkan bilik atau ruang.
  • Pasang lampu di luar rumah jika perlu sahaja seperti menunggu kedatangan tetamu, menyambut perayaan atau mengadakan majlis atau kenduri.
  • Elak menggunakan mesin basuh melebihi muatan atau muatan penuh. Sebaiknya muatan tidak terlalu penuh. Selain hasil cucian kurang bersih, ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik berlebihan.
  • Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
  • Rajin bersihkan habuk atau debu yang terdapat di coil peti sejuk.
  • Peti sejuk beku yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga. Jadi, sekiranya peti kosong, isikan kiub ais atau bekas ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.

Semoga tip ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dalam mengawal perbelanjaan ketika musim panas melampau ini. – UTUSAN

BULBIR SINGH
Bekas Presiden Persatuan Pengguna Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN