SAUDARA PENGARANG,
KEBELAKANGAN ini masyarakat kerap samakan konflik Palestin-Israel dengan konflik Ukraine-Russia hingga berlaku perselisihan pendapat dan pendirian oleh mereka yang terlalu memandang sinis terhadap konflik di Ukraine dengan berbagai fitnah serta memutar belit fakta sampailah suara Ukraine kepada masyarakat antarabangsa terutama Malaysia tenggelam kerana ramai sibuk mengenai konflik di Palestin.
Kenapa masyarakat ada sikap sebegitu. Adakah kerana kita masih di takluk lama iaitu melihat kepada satu perkara sahaja? Sedangkan banyak lagi perkara lain harus dibuka mata mindanya, begitu juga tentang perang Ukraine-Russia kerana ini bukan masalah dalaman tetapi ini konflik berskala besar melibatkan semua pihak dan impak boleh terkesan di negara kita dan negara jiran.
Memang diakui konflik Palestin-Israel adalah konflik kemanusiaan, agama, genosid manakala perang Ukraine-Russia hanya konflik kemanusiaan dan kedaulatan, tetapi bukan bermakna masyarakat Malaysia terus berbuat demikian bahkan tak ambil kisah langsung apa berlaku di sana dan lebih simpati dengan konflik Palestin-Israel kemudian bila keluar sahaja tentang berita konflik di Ukraine, masing-masing tidak berbuat perkara sama.
Selama ini masyarakat pernah atau tidak halang berbuat perkara sama ketika pemimpin dulu bersuara tentang konflik negara lain seperti Bosnia Herzegovina (1992-1996), Yaman (2015) dan Chechen (1994-2002) serta pernah tidak menghalang berbuat perkara seperti orang lain termasuk derma, hantar sukarelawan.
Itu sebab kenapa kita tidak boleh berfikiran negatif kerana memang lumrah manusia untuk bersimpati dengan sesiapa tanpa mengira agama, latar belakang dan jangan jadikan sesuatu perkara terus menghukum dan menghina.
Marilah bersimpati kepada rakyat Ukraine terutama orang Islam di sana dan hulurkan bantuan semampu boleh seperti mana lakukan perkara sama terhadap konflik Palestin-Israel.-UTUSAN
NAIM KANIM,
Kuala Lumpur










