ChatGPT berisiko naikkan kadar pengangguran

ChatGPT berisiko naikkan kadar pengangguran

KELEBIHAN ChatGPT dalam memudahkan banyak pekerjaan mungkin akan meningkatkan kadar pengangguran. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEJAK kebelakangan ini, ChatGPT sering diungkapkan. Katanya aplikasi ini akan mengubah kehidupan kita semua. Adakah ini benar atau hanya khabar angin yang tersebar luas?

Banyak fungsi utama ChatGPT dalam memudahkan pekerjaan seharian dan mempercepatkan proses pengumpulan idea yang dikenal pasti dengan mengumpulkan banyak teks dan menghasilkan ringkasan.

ChatGPT juga boleh membantu jurutera perisian dengan masalah pengekodan serta membantu dalam pembuatan bot perbualan untuk memudahkan perkhidmatan terutamanya kepada pelanggan.

Dari segi kesihatan, ia membantu mempercepatkan proses analisis penyakit. Ia mungkin memudahkan urusan ubat dan penyakit pada masa akan datang. Selain itu, dalam bidang pendidikan, ia boleh menjadikan proses pembelajaran lebih mudah dengan menjadikan proses pencarian sumber lebih pantas.

Teknologi menjadikan tugasan seperti pengekodan dan penulisan teks lebih cepat dan mudah. Dengan menggunakan ChatGPT atau penjanaan maklumat, industri perkhidmatan membantu pelanggan mendapatkan perkhidmatan atau servis dengan lebih cepat dan baik.

Walaupun teknologi itu boleh membantu dalam kemajuan masa depan, ia juga boleh mempunyai beberapa kelemahan, seperti boleh menyebabkan pengurangan tenaga kerja manusia sekali gus meningkatkan kadar pengangguran. Selain itu, memberi risiko kepada penyalahgunaan maklumat bagi sektor-sektor tertentu.

Ia juga membolehkan berlakunya plagiat atau peniruan separuh atau keseluruhan bahan yang khususnya dikaitkan dalam proses pembelajaran. Ia juga boleh memberikan cadangan jawapan yang membahayakan buat pembaca yang tidak dapat berfikiran logik seperti kanak-kanak.

Meskipun demikian, jangan lupa bahawa ChatGPT mempunyai keterbatasan. Ini termasuk ketergantungan pada konteks dan batasan pengetahuan. Sangat digalakkan untuk menggunakannya dengan cara yang bijak dan beretika selain memahami kelemahan model bagi membantu dalam interaksi yang lebih produktif.

Memandangkan OpenAI terus berusaha untuk memperbaiki modelnya, kita boleh menjangkakan perkembangan lanjut di masa hadapan. Dengan memahami ciri, kelebihan dan keterbatasan ChatGPT, kita boleh memanfaatkannya dengan sebaik mungkin untuk memenuhi pelbagai keperluan komunikasi dan pemahaman. – UTUSAN

ROSNANI MOHAMAD
Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan
Universiti Sains Islam Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN