Kuala Lumpur hilang identiti Malaysia?

Kuala Lumpur hilang identiti Malaysia?

KUALA LUMPUR yang merupakan antara nadi utama tanah air kini seolah-olah sebuah koloni yang mencacatkan imej dan budaya negara. – UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BAGI warga Kuala Lumpur, terutama mereka yang bekerja di sekitar Jalan Silang atau sering lalu di kawasan tersebut, sudah tentu tidak asing lagi dengan mini Dhaka.

Setiap kali saya lalu di kawasan tersebut, saya cukup rimas. Adakah saya berada di Malaysia ataupun di luar negara?

Kawasan tersebut sudah menjadi koloni warga asing. Ramai peniaga asing mendirikan gerai di tepi jalan dan menjual pelbagai jenis barangan keperluan untuk warga asing.

Banyak juga gerai yang hanya memaparkan papan tanda tulisan asing dan bahasa penghantar bukan Bahasa Melayu atau bahasa-bahasa yang kerap kita gunakan di Malaysia.

Perlukah Kuala Lumpur, yang suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negara Malaysia dan masih merupakan antara nadi utama tanah air, mempunyai sebuah koloni yang mencacatkan imej dan budaya negara?

Ini bukan soal xenofobia, kewujudan mini Dhaka bercanggah dengan identiti nasional, yang mana bahasa Melayu menjadi tunjang, walaupun bahasa-bahasa lain seperti Cina dan Tamil boleh digunakan.

Ia juga bertentangan dengan semangat budaya Malaysia. Jika perkara ini dibiarkan berterusan, adakah mini Delhi atau mini Rangoon akan bercambah di serata negara bak cendawan selepas hujan?

Tidakkah ini mencemarkan kesucian budaya Malaysia, yang ditunjangi dengan adat dan resam Melayu? Tidak berapa jauh dari Jalan Silang, kita sudah ada China Town di Jalan Petaling dan Little India di Brickfields.

Apakah Kuala Lumpur ingin menjadi mini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kelak?

Oleh itu, saya menyokong tindakan pantas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu mini Dhaka baru-baru ini, atas arahan menterinya, Dr. Zaliha Mustafa.

Tidak sampai sebulan Dr. Zaliha memegang tampuk kepimpinan, beliau telah bertindak tegas dan tangkas menyelesaikan masalah yang menjadi “kecacatan” ibu kota buat sekian lama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya