Semakin menular budaya isteri tidak takut suami

Semakin menular budaya isteri tidak takut suami

SIFAT macho, garang dan anggun pada seseorang lelaki kini semakin meluntur. – GAMBAR HIASAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SIFAT macho, garang dan anggun pada seseorang lelaki kini semakin meluntur. Selamat tinggal Malim Deman, Hang Tuah, Clint Eastwood dan Malboro Man. Anda hanya lelaki kalau anda mengikut acuan yang ditetapkan oleh wanita hari ini.

Sebab itulah, lelaki yang kahwin seorang lagi tidak dimaafkan oleh kaum wanita seluruhnya. Pedulilah hukum syarak yang membolehkannya. Rata-rata wanita mendakwa keadilan tidak mungkin berlaku.

Maka, ‘cerita malang’ isteri pertama menjadi cerita rakyat walaupun selalunya paranoid wanita terbabit lebih banyak merosakkan perspektif dan kewarasannya.

Oleh yang demikian, jangan perkecilkan kuasa wanita hari ini. Mereka berada di mana-mana dan memerhatikan apa sahaja yang lelaki lakukan. Mereka bukan sahaja mendesak kesamaan hak dan layanan tetapi menuntut penghargaan dan maruah diri.

Menyakitkan hati wanita membawa padah yang bukan kecil. Kadangkala proses keadilan yang sepatutnya memastikan keadilan, bermula dengan lelaki selalu salah dan wanita sentiasa dikejami. Itupun wanita masih mendakwa sistem kehakiman terlalu kuat berpihak kepada lelaki.

Apa yang anda perlukan ialah melayari portal berita popular hari ini. Lelaki selalu jahat dan salah. Mesti anda tidak akan menjumpai lelaki menjadi mangsa, sebaliknya wanitalah yang dimangsa lelaki.

Dalam kebudayaan popular, lelaki paling teruk dibelasah. Dari drama televisyen hingga filem dan sastera, lelaki punca semua masalah. Sebab lelaki yang memang sedia nakal, gatal, miang dan pantang melihat dahi licin itu, memang seharusnya diajar.

Hari ini wanita mahu ‘menyatakan’ siapa mereka dan dengan cara yang bukan kecil. Di menara gading, wanita mendapat suara baharu – melalui wacana feminis dan kajian gender. Mungkin kecenderungan ini adalah sebahagian daripada trend akademik semasa. Tetapi kesannya bukan kecil.

Jadi betullah nampaknya gurauan teman-teman saya iaitu “Bukan aku takutkan isteri tetapi isteri tak takutkan aku.”-UTUSAN

ARIF MUSTAQIM MD. SALLEH
Jurutera pembinaan

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.