Segera kembali pada kaedahlama sekiranya pengajian hibrid tidak berkesan

Segera kembali pada kaedah lama sekiranya pengajian hibrid tidak berkesan

PENDIDIKAN boleh diakses di mana-mana adalah satu konsep baharu yang boleh dipromosikan lebih jauh bukan sahaja kepada pelajar di pedalaman tetapi mereka yang berada di luar negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KUALITI rangkaian internet pada hari ini telah memendekkan jarak dan masa antara tempat dan benua yang berjauhan sehingga segala urusan dapat dilaksanakan secara langsung dan waktu sebenar, berdepan secara maya dan telus. Sektor pendidikan adalah antara bidang paling banyak menerima manfaat daripada kemudahan tersebut terutama di zaman pascapandemik.

Covid-19 adalah antara hikmah yang dipelajari pelajar dan pendidik dari zaman pandemik hingga ke hari ini dalam memanfaatkan teknologi untuk tujuan pendidikan.

Terkini, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan sebanyak 95 program di 19 universiti awam bersedia untuk melaksanakan pengajian secara hibrid dan anjal dengan kuliah secara fizikal hanya diwajibkan ketika tahun satu dan tahun akhir.

Faedahnya jelas dilihat daripada jumlah kos pendidikan yang menjadi rendah, memberi ruang kepada mahasiswa untuk bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti yang tidak dapat dilakukan ketika di kampus. Ia akan dilaksanakan pada sesi pengajian 2023/2024 akan datang.

Pendidikan boleh diakses di manamana adalah satu konsep baharu oleh dipromosikan lebih jauh bukan sahaja kepada pelajar di pedalaman tetapi juga mereka yang berada di luar negara. Bagi program yang memiliki permintaan di peringkat antarabangsa, peluang ini akan meningkatkan potensi pengembangan program serta kepakaran tenaga pengajar di samping menjana pendapatan universiti.

Bergerak seiring dengan perkembangan serta kemajuan, bidang pendidikan perlu mengoptimumkan penggunaan teknologi dalam memantapkan proses penyebaran ilmu.

Kematangan sesuatu bangsa itu pun dapat diasah hasil daripada medium-medium ilmu yang semakin hari semakin maju seperti Revolusi Industri 4.0 yang seharusnya lebih mahir dalam penggunaan teknologi untuk pemantapan ilmu dan sahsiah.

Pada sesetengah keadan dan peringkat, pengajian dalam talian ini banyak membantu memudahkan serta mendekatkan sesuatu yang jauh seperti pengajian rentas benua serta aktiviti-aktiviti lain terkait dengan pendidikan seperti perbincangan, muktamar dan konvensyen boleh dilakukan serentak tanpa mengira zon waktu dan tempat.

Sekalipun begitu, teknologi ini hanyalah alat direka cipta oleh manusia bagi memenuhi keperluan manusia yang berubah mengikut zaman dan tempat. Sekiranya teknologi itu memiliki keterhadan dalam menjalankan fungsi asal pendidikan, sudah menjadi satu keperluan untuk para pendidik dan pelajar kembali kepada metode yang diwarisi sejak zaman dahulu terutama dalam bidang kritikal seperti pendidikan yang menjadi tulang belakang negara dalam melahirkan rakyat dan tenaga pekerja produktif dan progresif.-UTUSAN

DR. MOHD. SHAHID MOHD. NOH
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya