Pilih sekolah vernakular tapi mahu hak sama rata

Pilih sekolah vernakular tapi mahu hak sama rata

SELEPAS tamat persekolahan, kumpulan ini tidak selesa berintegrasi dengan kaum lain kerana tidak dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

BARU-BARU ini mahkamah memutuskan sekolah vernakular tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan. Maka kita akan terus menyaksikan kewujudan sekolahsekolah vernakular ini malah mungkin juga penambahan dari segi jumlah.

Ramai menyuarakan pandangan mengenai kewujudan sekolah vernakular menjadi penghalang atau penyumbang kepada kurang berkesannya perpaduan dan usaha membina negara bangsa. Mereka termasuklah ahli akademik. Antara paling lantang bersuara ialah Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jika merujuk sekolah vernakular Cina, pelajar diasingkan dari integrasi sehingga tingkatan enam. Selepas tamat persekolahan, kumpulan ini tidak selesa berintegrasi dengan kaum lain kerana tidak menguasai bahasa Melayu dengan baik dan masalah komunikasi.

Bertambah teruk jika mereka menyambung kehidupan dengan bekerja di syarikat milik kaum Cina juga.

Jika kita teliti peruntukan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, ia merujuk kepada kebebasan menggunakan bahasa, tiada seorang pun yang boleh dihalang atau dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain.

Maka tiada masalah untuk sekolah vernakular menggunakan apa jua bahasa sebagai bahasa pengantar atau mengajar tetapi kaedah pembelajaran, isi kandungan dan silibus seharusnya selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

Kebanyakan sekolah vernakular Cina menggunakan silibus berbeza daripada yang disediakan Kementerian Pendidikan kerana mereka memberi fokus kepada persediaan untuk menghadapi peperiksaan bersepadu (UEC) sedangkan yang menyediakan silibus ini hanyalah sebuah persatuan.

Sudahlah memilih untuk diasingkan daripada berintegrasi dengan kaum lain, tidak menguasai bahasa kebangsaan dengan baik serta mendapat pendidikan yang tidak selari dengan dasar kerajaan tetapi tiba-tiba mereka mahu menuntut hak sama rata.-UTUSAN

AZMAN MOHD. HASHIM
Ahli Jawatankuasa Sekretariat Tanah Air

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya