Gelombang solidariti antarabangsa bantu Palestin merdeka

Gelombang solidariti antarabangsa bantu Palestin merdeka

KONFLIK Palestin-Israel membuka banyak mata sehingga masyarakat antarabangsa turut bersolidariti menyokong kebebasan Palestin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PALESTIN merupakan sebuah tanah yang kaya dengan sejarah dilanda konflik. Ia menjadi perhatian dunia sehingga kini. Bagaimanapun, apa yang menjadi semakin menarik sejak kebelakangan ini ialah gelombang solidariti antarabangsa yang semakin meningkat dalam menyokong hak kebebasan rakyat Palestin.

Fenomena ini melibatkan penyertaan pelbagai masyarakat seluruh dunia tidak kira peringkat umur. Ia adalah penyatuan suara dalam mengutuk pencabulan Zionis Israel terhadap hak asasi rakyat Palestin dan menuntut kebebasan negara itu.

Satu aspek penting dalam gelombang perpaduan ini ialah sokongan daripada pelbagai kumpulan masyarakat termasuk aktivis hak asasi manusia, pemimpin dunia, pempengaruh, selebriti, ahli akademik, kanak-anak dan ramai lagi.

Antara selebriti antarabangsa yang menentang keras perbuatan rejim Zionis Israel ialah Gigi Hadid dan Bella Hadid. Mereka sentiasa berkongsi apa yang berlaku di Palestin melalui laman media sosial mereka.

Ini secara tidak sengaja membentuk satu pakatan kuat yang menekan kepentingan keamanan dan keadilan untuk semua pihak terlibat.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan gerakan perpaduan antarabangsa ini. Mereka menyokong dalam menganjurkan forum antarabangsa, kempen kesedaran dan menyalurkan bantuan secara langsung kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat konflik. Inisiatif bersama ini dapat memupuk pembinaan rangkaian perpaduan yang lebih luas dalam usaha merealisasikan impian setiap rakyat Palestin untuk mencapai kemerdekaan.

Dalam usaha mengekalkan momentum perpaduan ini, sudah tentu akan menempuh pelbagai halangan dan cabaran. Sebagai golongan bertanggungjawab, penting untuk kita menyebarkan informasi sahih bagi menjamin bantuan dari seluruh dunia dapat membuahkan hasil diimpikan.

Gelombang solidariti antarabangsa untuk Palestin memberi impak signifikan apabila ia membuka ruang perbincangan dan kesedaran global mengenai konflik yang berlaku.

Keinginan untuk mencapai perdamaian berkekalan harus menjadi keutamaan global dan gelombang solidariti ini adalah satu langkah ke arah itu.

Sebagai satu suara global, kita berharap rakyat Palestin akan mencapai kemerdekaan yang mereka impikan serta memperoleh masa depan lebih baik.-UTUSAN

MUHAMMAD DANIAL ABD. SAMAD dan PROFESOR MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Jabatan Sejarah & Tamadun Islam
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya