Utamakan umrah kerana pergi haji banyak halangan

Utamakan umrah kerana pergi haji banyak halangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SETIAP tahun, hanya kira-kira 32,000 jemaah Malaysia dapat menunaikan haji. Dengan seramai 1.3 juta telah mendaftar sekarang, senarai yang menunggu semakin panjang dan mereka terpaksa menanti lebih 140 tahun, baharu berpeluang menunaikan haji.

Memang diakui, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) telah melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan efektif dan menjadi contoh kepada banyak negara lain.

Cuma saya berpandangan terdapat beberapa perkara boleh ditambah baik. Pertama, melibatkan isu penjawat awam muda yang mendapat tawaran menunaikan haji pada tahun hadapan tetapi belum disahkan jawatan atau belum mendapat surat lantikan rasmi sebagai kakitangan kerajaan.

Mereka tidak memenuhi syarat berkhidmat untuk melayakkan cuti bergaji penuh atau cuti tanpa gaji. Oleh demikian, saya merayu supaya kerajaan memberi pertimbangan sewajarnya untuk meluluskan permohonan cuti mereka.

Kedua, ramai mendapat surat tawaran tetapi sukar melepasi tahap kesihatan dikehendaki, lantaran ada penyakit-penyakit tertentu. Perkara itu tidak dapat dielakkan dan mereka perlu reda akan realiti pahit itu.

Dicadangkan mereka ini memfokuskan untuk pergi mengerjakan umrah, lantaran tiada syarat ketat dikenakan. Sekurang-kurangnya mereka dapat berumrah, menziarahi makam Rasulullah SAW dan ibadah lainnya.

Ketiga, penentuan kadar bayaran untuk golongan berpendapatan tinggi (T20), sederhana (M40) dan rendah (B40) yang mengerjakan haji juga menjadi isu kerana kadarnya tidak sama sedangkan individu terbabit berada dalam keluarga yang sama.-UTUSAN

MUSTAFFA SIRAJ
Batu Pahat

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya