Nak doa makbul, perlu ubah cara doa

Nak doa makbul, perlu ubah cara doa

BERDOA biarlah bersungguh-sungguh kerana ia adalah senjata buat umat Islam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

SEBELUM ini kita selalu berdoa, “Ya Allah, berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka Allah akan sentiasa uji kekuatan kita. Ubahlah kepada, “Ya Allah, lapangkan kesulitan yang aku hadapi ini. Ya Allah, keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya Allah, bantulah aku.”

Selain itu, tukarlah doa daripada “Ya Allah, berilah aku…” kepada “Ya Allah, kurniakanlah aku…”

Ini kerana jika menyebut ‘beri’, maka bila-bila masa Allah boleh ambil balik. Namun, jika sebut ‘kurnia’, maka Allah akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila, insya-Allah.

Selepas hari ini, latihlah berdoa, “Semoga dilimpahkan rezeki berpanjangan dan berkat.”

Boleh juga amalkan berdoa, “Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diri-Mu maka makbulkan, ya Allah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku, ya Allah, maka kurniakanlah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku, ya Allah. Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.”

Sebabnya, bila berdoa seperti ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas dengan hubungan dengan Allah.

Selalu juga, bila berdoa kita minta macam-macam pada Allah hingga lupa bersyukur dengan rezeki yang sudah ada di hadapan.

Jadi, berdoalah, “Ya Allah, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada-Mu. Dan redalah kepadaku, ya Allah.”

Pun begitu, memetik kata-kata pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias, seseorang itu perlu sayang sangat-sangat dengan solat, barulah doa dan hidup berkat dan selamat.-UTUSAN
MAT @ ABDULLAH KHAN
Balik Pulau, Pulau Pinang

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.