Makin teknologi berkembang, makin besar cabaran Islam

Makin teknologi berkembang, makin besar cabaran Islam

ANTARA cabaran yang dihadapi Islam adalah berdepan Islamofobia.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PADA abad ini, agama Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran. Ancaman paling berat didepani adalah menghadapi individu yang membenci, takut serta berprasangka buruk dengan Islam atau lebih dikenali Islamofobia.

Islamofobia mula tercetus ketika peristiwa 11 September 2001 yang mengorbankan lebih 3,000 nyawa di Pusat Dagangan Dunia (WTC), New York, Amerika Syarikat (AS). Serangan itu dilakukan oleh kumpulan ekstremis Islam, Al-Qaeda yang dipimpin oleh Osama bin Laden.

Sejak peristiwa itu, Islam dilabel sebagai pengganas serta bersifat ekstremis. Oleh kerana itu, ada larangan memakai tudung di sekolah di Perancis atas alasan melanggar peraturan sekularisme dalam pendidikan.

Umat Islam pada akhir zaman ini semakin berani melakukan dosa dan bangga dengannya. Misalnya di Malaysia pernah tular isu seorang lelaki bersuara untuk mendapat layanan serta hak yang baik sebagai seorang ahli gay, lesbian, biseksual dan transgender (LGBT).

Islam juga diancam dengan sebaran maklumat palsu sehingga menimbulkan salah faham orang awam terhadap agama suci ini, malah perkara lebih merisaukan adalah apabila golongan yang tertipu ini membuat spekulasi sendiri tanpa mengkaji fakta sebenar. Antara punca terjadinya sebaran maklumat palsu ini adalah perkongsian di media sosial.

Cabaran seterusnya ialah sifat berat sebelah di platform media sosial. Hal ini jelas terlihat ketika konflik Palestin-Israel.

Hampir kesemua hantaran yang tertera perkataan Palestin, Gaza dan seangkatan dengannya disekat dan dikatakan terdapat unsur keganasan.

Namun, hantaran berkait dengan Israel atau Zionis tidak pula ada sekatan. Perkara ini menimbulkan kemarahan umat Islam kerana kebebasan bersuara disekat oleh pihak yang zalim dan tidak berhati perut.

Tidak cukup dengan sebaran informasi palsu mengenai Islam, agama ini turut terpalit dengan hinaan daripada golongan bukan Islam termasuk membakar al-Quran.

Biarpun teknologi berkembang dengan maju seiring peredaran zaman, namun ia masih tidak mampu memajukan pemikiran dan kelakuan manusia. Segala cabaran serta halangan yang dialami umat Islam masih boleh dibendung walaupun sukar dan mengambil masa lama untuk dibanteras.

Jika seluruh umat Islam bersatu padu untuk membela agama, kemungkinan besar solusinya lebih mudah dan pantas dicapai.-UTUSAN

WARDATUL FATINI ISALAH MOHAMAD ISA dan PROFESOR DR. MOHD. ROSLAN MOHD. NOR
Universiti Malaya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya