Kena prihatin diskriminasi umat Islam di Perancis

Kena prihatin diskriminasi umat Islam di Perancis

UMAT Islam yang menjadi penduduk minoriti di negara-negara Eropah khususnya di Perancis sering didiskriminasi yang berpunca daripada Islamofobia. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

KETIKA banyak pihak bersimpati dengan nasib penduduk Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel di Semenanjung Gaza, kita juga tidak harus melupakan isu diskriminasi dan penindasan masyarakat lain terhadap umat Islam yang menjadi penduduk minoriti di negara-negara Eropah khususnya di Perancis.

Kehidupan penduduk Islam di Perancis misalnya masih diancam dengan Islamofobia walaupun negara itu mempunyai populasi umat Islam yang terbesar di barat Eropah.

Ciri sekularisme di Perancis adalah memisahkan agama daripada negara. Sebab itu kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang pada 2004 yang melarang pemakaian baju yang memaparkan simbol agama atau kepercayaan seseorang di sektor-sektor awam termasuk di sekolah.

Hal ini telah memberi kesan kepada pelajar sekolah yang beragama Islam dan menimbulkan kesusahan kepada mereka untuk mengikuti pembelajaran apabila dipaksa membuka hijab sebelum memasuki sekolah. Perkara ini masih terjadi sehingga kini .

Insiden pada 12 Oktober 2020 di Perancis telah menyemarakkan lagi perasaan marah umat Islam apabila seorang pemuda Islam bernama Anzorov maut ditembak kerana membunuh gurunya, Samuel Paty.

Guru ini dikatakan telah memaparkan karakter kartun yang menghina Nabi Muhammad SAW di dalam kelasnya dan menyebabkan kemarahan pelajar tersebut.

Malangnya, respons Presiden Perancis, Emmanuel Macron terhadap insiden ini mengundang kemarahan masyarakat Islam sedunia apabila beliau mempertahankan tindakan guru tersebut yang sememangnya tidak menghormati umat Islam malah menokok tambah mengatakan bahawa Islam adalah pengganas.

Walaupun kerajaan Perancis mendakwa larangan pemaparan simbol agama bertujuan mengukuhkan sistem sekular Perancis, jelasnya, ia secara tidak adil menyisihkan umat Islam dan menyekat kebebasan beragama.

Sebagai umat Islam, kita harus sentiasa melindungi saudara Muslim yang lain dan berdoa agar umat Islam seluruh dunia terus kuat apabila menghadapi ujian.-UTUSAN

NUR ALIA SUFIAH ZULKIFLI
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya