Jangan abai terusbahasa Inggeris

Jangan abai terus bahasa Inggeris

PELAJAR di semua peringkat perlu membaca bahan ilmiah berbahasa Inggeris untuk memperkukuhkan pemahaman bahasa itu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

DALAM sibuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu ataupun bahasa kebangsaan, kita tidak seharusnya mengabaikan sepenuhnya pemantapan bahasa Inggeris dalam kalangan rakyat.

Memang benar, bahasa Inggeris itu bukanlah bahasa asal negara kita dan memang bahasa penjajah. Namun, kita tidak boleh terlalu emosi dalam isu penggunaan bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa pengantar terpenting dan paling utama dalam dunia.

Jangan jadikan isu bahasa Inggeris sebagai kambing hitam ataupun alasan untuk menutup sebarang kelemahan yang berlaku dalam negara, masyarakat ataupun terhadap diri sendiri.

Justeru, usaha harus diambil bagi memantapkan lagi penggunaan bahasa Inggeris sejak peringkat awal terhadap pelajar sekolah. Sebarang usaha oleh mana-mana pihak untuk memantapkan penguasaan bahasa pengantar khususnya dalam kalangan pelajar di semua peringkat tidak harus dipandang serong dan rendah sebaliknya perlu dilihat sebagai salah satu langkah bagi menyediakan pelajar menjadi golongan lebih berkemahiran serta mampu berdaya saing pada masa akan datang.

Bahkan, penguasaan terhadap bahasa itu juga menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil pekerja baharu.

Dewasa ini, masalah kelemahan menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar sekolah rendah, menengah atau di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) membimbangkan. Ia berpunca daripada sikap dan pemikiran pelajar itu sendiri yang jarang mempraktikkan penggunaan bahasa Inggeris dipelajari dalam kehidupan seharian.

Kebanyakan pelajar juga kurang membaca bahan ilmiah berbahasa Inggeris.

Oleh demikian, penting untuk semua pihak mengambil langkah-langkah perlu bagi memastikan pelajar kita dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik serta menggunakan bahasa itu tanpa rasa malu dan takut.-UTUSAN

PROFESOR MADYA DR. MUZAFFAR SYAH MALLOW
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya