Tukar lagu Dadah Durjana ke Rasuah Durjana bantu atasi rasuah

Tukar lagu Dadah Durjana ke Rasuah Durjana bantu atasi rasuah

MENUKAR lagu Dadah Durjana ke Rasuah Durjana dapat bantu bendung rasuah memandangkan liriknya membawa makna.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

WALAUPUN sumber pendapatan tidak mewah, kita perlu bersyukur kerana masih ada kerja dan mampu menjana pendapatan halal. Apa guna gaji mewah tetapi bercampur wang tidak halal. Perlu ingat, antara halal dan haram, pasti ada syubhah.

Lirik lagu nyanyian Altimet, Amboi amat sesuai dengan situasi ini. Walaupun lagu tersebut berirama rap tetapi seni katanya menusuk ke tulang setiap rakyat.

Ini merupakan satu dakwah dalam bidang seni. Justeru, lagu-lagu sebegini perlu diperbanyakkan.

Saya juga cadangkan lagu popular Dadah Durjana ditukarkan kepada lagu Rasuah Durjana. Ini kerana lirik lagu berkenaan membawa 1,000 makna.

Seingat saya, sudah lama rakyat diingatkan dengan bahaya amalan rasuah. Juga sudah banyak kempen alam maya dibuat.

Ingat tak kisah jerung dan ikan bilis? Kalau ada pilihan bagi mengurangkan spesies antara kedua-duanya, apa yang akan anda lakukan? Inilah sebenarnya perumpamaan golongan yang mengambil rasuah. Golongan jerung ini susah sikit nak ditangkap. Dia punya menggelupur boleh tenggelamkan bot penangkap ikan. Akan tetapi ikan bilis mudah ditangkap, tak menggelupur pun. Tak kira jerung atau ikan bilis, salah tetap salah.

Mengikut perhatian saya sebagai pegawai badan berkanun, pelajar sekolah harus difahamkan apa itu rasuah dan kesannya pada negara.

Berdasarkan sejarah, runtuhnya kota Melaka kerana rasuah, runtuhnya sistem pemerintahan Khalifah Uthmaniyah di Istanbul pada 1924 juga kerana rasuah. Akhir zaman jangan tak tahu, dajal sebenar pun akan tawarkan rasuah bagi orang yang ingin menjadi pengikutnya. Rasuah jalan mudah, tetapi niat tidak menghalalkan cara.

Akhir sekali, selamat menyambut Hari Malaysia. Saya bangga dilahirkan sebagai anak Malaysia. Malaysia tanah airku.-UTUSAN

MOHD. EFENDI MAT DAUD
Kepala Batas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN