Sumber ikan kita banyak, tapi masih perlu import bekalan dari luar

Sumber ikan kita banyak, tapi masih perlu import bekalan dari luar

KADAR nisbah sara diri (SSR) bagi ikan sebanyak 9.7 peratus adalah situasi yang amat menyedihkan memandangkan Malaysia sebagai sebuah negara maritim tidak patut mengimport ikan sebegitu banyak bagi memenuhi keperluan negara. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

NEGARA-NEGARA maju telah lama mengamalkan dasar sekuriti makanan untuk memastikan rakyat mereka memperoleh makanan pada harga berpatutan sama ada semasa aman atau konflik. Negara kita sedang berusaha ke arah itu walaupun tidak sepantas diharapkan.

Mengikut laporan agensi berkaitan nisbah sara diri (SSR) bagi produk-produk makanan, didapati ayam 99.9 peratus, ikan (9.7%), buah-buahan (77.4%) dan susu (46.7%). Bagi cili, kubis, halia, manga dan kelapa kurang daripada 100 peratus.

Bagaimanapun, pencapaian SSR bagi ayam yang tinggi (99.9 %) memberi makna yang sedikit sebab negara masih mengimport jagung.

Industri makanan ternakan tidak boleh dipandang ringan kerana ia menyokong industri ternakan ayam, lembu dan susu.

Penggantungan makanan ternakan pada import menjadikan industri makanan ternakan tidak menentu dan kerajaan akan terus menanggung beban untuk menyediakan subsidi harga ayam dan telur.

Oleh itu, penanaman jagung berskala besar tidak boleh dielakkan lagi.

Pengeluaran beras telah lama bertahan pada kadar 65 peratus SSR. Masalah penanaman pada masa kini adalah produktiviti yang terlalu rendah disebabkan infrastruktur perairan tidak mencukupi, Akibatnya,  sawah tidak dapat cukup air pada waktu tertentu untuk mengawal rumpai. Pelaburan yang meningkatkan infrastruktur pengairan walaupun tinggi hinga memerlukan berbilion ringgit perlu dimulakan sedikit demi sedikit untuk menyelesaikan masalah penanaman pada masa kini.

Kadar SSR bagi ikan sebanyak 9.7 peratus adalah situasi yang amat menyedihkan memandangkan kita sebagai sebuah negara maritim yang mempunyai pantai panjang dan kawasan pengajiran luas tidak patut mengimport ikan sebegitu banyak untuk memenuhi keperluan sendiri.

Kerapkali terdapat nelayan dari negara-negara jiran mencerobohi masuk ke kawasan perairan negara menandakan terdapat banyak sumber ikan di situ dan nelayan tempatan masih lagi terikat dengan amalan lama menangkap ikan. Mereka perlu dimodenkan.

Perusahaan ikan patut mendapat keutamaan kerana ikan merupakan penyumbang sumber protein penting dan juga digemari oleh seluruh rakyat selain tidak boleh bergantung dengan import kerana ia akan menghakis sumber kewangan negara dan poket rakyat selain tidak selari dengan dasar sekuriti makanan.-UTUSAN

MOHAMED YUSOFF YAHYA
Batu Gajah, Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya